Thursday, January 10, 2013

Salam.
TONGKAT ALI DALAM UNCANG


(EURYCOMA LONGIFOLIA JACK)


Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’. Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.

Rupa Pokok Tongkat Ali Hampir Sama Dengan Pokok Sentang.
Batangnya lurus tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 - 9 kaki dan biasanya tidak mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi nama Pasak Bumi. Tongkat Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal iaitu antara 5 - 7 tahun.


Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Tongkat Ali Mempunyai Pelbagai Hasiat Untuk Penjagaan Kesihatan Badan.
Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks. Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan. Kajian kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.


Seorang penyelidik dari Jabatan Farmasi USM Dr. Ang Hooi Hoon juga memberi kenyataan pengambilan air akar Tongkat Ali boleh meningkatan keinginan seks, prestasi dan ketahanan. Kenyataan beliau telah disokong oleh hasil kaji selidik Dr. Johari Mohammad Said dan Noraniza bt. Aminuddin dari Universiti Malaya terhadap beberapa orang sukarelaan lelaki bahawa selepas mengambil Tongkat Ali selama seminggu, arastiter testosteron lelaki boleh meningkat hampir 480%. Testosteron adaiah sejenis hormon yang diperlukan untuk merangsang keinginan seks.


Dalam satu lagi kajian yang dibuat oleh Dr. Johari Mohammad dan Noraniza Aminuddin mendapati Tongkat Ali juga mampu menentukan jantina dan meningkatkan kesuburan sperma. Kajian dibuat dengan menyuntik 3 ekor tikus jantan dengan ekstrak Tongkat Ali dan 3 ekor tikus jantan lain tidak disuntik. Tikus-tikus jantan ini dimasukkan dalam sangkar berasingan dengan pasangan masing-masing. Daripada pemerhatian didapati 3 ekor tikus jantan yang disuntik ekstrak Tongkat Ali lebih kerap melakukan aktiviti seks berbanding dengan 3 ekor tikus jantan yang tidak disuntik. Kajian juga mendapati pasangan tikus-tikus jantan yang disuntik telah mengandung. Daripada pembedahan yang dilakukan ke atas tikus-tikus betina tersebut didapati benih-benih yang telah disenyawakan (sperma) terdiri daripada 90% sperma jantan.


Tongkat Ali Penawar Malaria
Sejak awal tahun 70an, beberapa pusat penyelidikan perubatan telah mencari -penawar anti malaria plasmodium falciparum iaitu satu daripada empat jenis demam malaria yang telah dikenal pasti. Malaria plasmodium falciparum sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut. Tidak seperti malaria lain, plasmodium tidak boleh dirawat dengan menggunakan Choloquire iaitu ubat anti malaria yang biasa ; digunakan ( Miller er. - al. 1986). Pada tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menjadi penawar semua jenis demam malaria termasuklah malaria plasmodium.


Berita Baik
Kini kami sedang memasarkan (mulai Feb 2013) akar tongkat ali 100% asli dalam bentuk uncang.
Satu peket mengandungi 15 uncang.
1 uncang boleh diulang 3 atau 4 kali.
Ini bermakna anda boleh buat sebanyak 60 X minuman.

Cara Guna.
Rendamkan 1 uncang tongkat ali dalam air panas selama 30 saat. Tuskan uncang tadi dan simpan dalam peti ais untuk digunakan semula. Air tadi boleh diminum sahaja atau dibancuh jadikan kopi, teh dan lain lain.
Amalkan minum apabila keletihan atau ingin menambah tenaga.
Anda akan nampak kesannya selepas beberapa hari mengamalkannya....Insya Allah

Khasiat.
Mengembalikan Tenaga Luar Biasa
Melancarkan perjalanan Darah
Merangsang Saraf Pusat
Memperbaiki Sistem Metabolisma Tubuh
Meningkatkan Tenaga, Daya Tahan, Ingatan dan Stamina Tubnh
Mengurangi Risiko Penyakit Jantung
Memperlambatkan Menopause
Anti Penuaan

Kini anda boleh dapati produk kami dipasaraya dan kedai-kedai berikut:-


KAWASAN GOMBAK
1. Pasaraya Zee Mart, Taman Selasih Fasa 1, Gombak, Kuala Lumpur

2. Salma Store, Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur.

3. Pasar Mini Greenwood Indah, Taman Greenwood Indah,       Gombak, Kuala Lumpur.             

4. G.G. Shop, Taman Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur.

5. RZ Marketing, Ground Floor, Pasar Besar Gombak, Jalan     Gombak, Batu 5, Kuala Lumpur.

6. Sheikh Warisan, Batu 4   3/4, Jalan Besar Gombak, Gombak, K.Lumpur.

 7. Adam dan Hawa. Wangsa Maju Sek 1. Dekat Jaya Jusco Wangsa Maju, Belakang Shell dan Pteron, Sederet Public Bank.

KAWASAN SHAH ALAM

1. Pasar Mini Al-Madeena (sebelah Madina Super Store) Seksyen 24, Shah Alam, Selangor (berdepan Surau Hijau)

2. Usrah Halal Mini Market, Ground Floor, Wisma MAIS, Sek 3, Shah Alam.
3. My Mydin Sek7

KAWASAN KUALA LUMPUR
1. Al-Haj Shopper, Ground Floor, Lot 1.14 Medan Mara, Jln Raja Laut, K.L

2. Kedai Faizuun Enterprise, Sebelah Mesjid Kampung Bharu, K.Lumpur.

KAWASAN WANGSA MAJU
Adam Hawa Marketing, No 18, Jln 1A/27A, Seksyen 1,
Wangsa Maju, K.Lumpur

KAWASAN SEREMBAN
Masbukti Halal Food
Ampangan.

KAWASAN REMBAU
1. Pasar Mini Safiudeen, Pekan Rembau, Rembau, N. Sembilan. 
2. Pasar Mini Jalil, Rembau. 

Kami akan pasarkan dibanyak lagi tempat Insya Allah.....

Harga sepeket hanya RM10
Bagi pembelian 5 peket (RM50) urusan pos boleh dilakukan.
Pos adalah percuma.
Sms nama dan alamat ke 019-3123638
Bank in ke akaun CIMB 14170080935526 atas nama Abdul Talib 

WhatSapp 0193123638 Tel: 019-3123638 talib sani.
email talibsan@yahoo.com